Monday 9 May 2011

DR.JISM KAEDAH RAWATAN ALTERNATI


Setiap penyakit mempunyai penawarnya yang tersendiri. Pun begitu dalam zaman serba moden ini terdapat pelbagai jenis ubat-ubatan yang boleh diperoleh dengan mudah sama ada di klinik mahupun farmasi.

Sebenarnya, pergantungan terhadap ubat berasaskan bahan kimia juga boleh mendatangkan kesan sampingan jangka panjang seperti masalah hati kronik.

Oleh itu pakar teknologi perubatan Jepun mencari alternatif untuk merawat penyakit yang berhubung kait dengan darah menerusi kaedah pembersihan saluran darah dengan mengeluarkan benda asing seperti lemak dan kolesterol dalam badan.

Ketua Pegawai Eksekutif Al-Jabbar Herbs, Kamaruzaman Che Hussein berkata, pihaknya merupakan satu-satunya syarikat bumiputera yang memasarkan mesin terapi medan elektrik statik iaitu Dr. Jism di Malaysia.

“Teknologi ini mampu mengurangkan pergantungan terhadap ubat yang memberi kesan sampingan kepada ginjal dan hati.

“Mesin terapi Dr. Jism boleh digunakan oleh sesiapa yang ingin mengekalkan kesihatan kerana ia membantu memecahkan lemak dan mengurangkan kadar kolesterol dalam darah,’’ jelas beliau.

Menurut Kamaruzaman, mesin terapi mudah-alih itu sesuai digunakan setiap hari bagi membantu membersihkan saluran darah dan mengecas zat penting agar tubuh badan lebih sihat.

Ia dilengkapi lima fungsi iaitu voltan tinggi, voltan negatif, tenaga gelombang ringan, voltan rendah dan pengionan negatif.

Secara umumnya, rawatan terapi medan elektrik statik pada asasnya menggunakan kaedah getaran elektrik bagi melancarkan serta memecahkan lemak pada kapilari darah.

Salur darah yang tersumbat itu merupakan punca timbulnya penyakit kronik seperti darah tinggi, strok dan pelbagai penyakit berkaitan darah.

Sementara itu, Kamaruzaman menambah, Al-Jabbar menawarkan perkhidmatan rawatan percuma kepada pesakit hati menggunakan mesin terapi medan elektrik statik itu untuk mendedahkan mereka kepada manfaat kaedah rawatan alternatif seumpama itu.

No comments:

Post a Comment